Ku ungkapkan kata sayang,
hanya buatmu kerana Islam,
Ku ungkapkan rintih merindu,
hanya buatmu kerana Islam,
Ku titipkan doa nan syahdu,
hanya buatmu kerana Islam.

Walau bersua hanya sementara,
bertemu kita kerana Dia,
Walau janggal bersua muka,
bertemu kita kerana Dia,
Walau sepi tanpa bicara,
bertemu kita kerana Dia.
- Azizah Najib -
8.20 pm
Istana Kayu
No comments:
Post a Comment